Sunday, May 8, 2011

sedikit story aku ke sabah..

Alhamdulillah perjalanan aku ke sabah selamat pergi dan selamat pulang walaupun terpaksa menelan kepahitan apabila Pasukan Negeri Sembilan menanggung kekalahan. Sewaktu menjejakan kaki ke Sabah tempohari aku takde plan apa-apa pun.. just aku ke sana cuma untuk menyaksikan perlawanan bola sahaja.

Lepas check in kat hotel aku bersama rakan-rakan yang lain pun bergerak le ke stadium.. kami naik bas aje kesana.. tambangnya rm1 sahaja... sepanjang perjalanan memang kami lebih banyak bergambar *kalau kat tempat sendiri memang tak akan ambil gambar sebab nanti orang akan kata kami ni macam-macam lak kan.. so.. kami kat tempat orang.. bebas le kami nak bergambar dimana-mana sahaja..

Di stadium pula lepas je gantung baner datang le seorang pegawai dari sabah f.a yang suruh kami menurunkan baner tersebut.. dia mengarahkan kami menggantung ditempat lain.. terpaksa le kami akur dengan perintah mereka walau dalam hati menyumpah-nyumpah. Dah jadi niat aku nak menggantungkan baner Ultras No9ori disana.. walau cmne pun tetap aku akan gantungkan..

kredit buat Honey IsyQi
akhirnya baner tergantung jua.... antara pekara pelik yang menjadi tarikan aku kat sana ialah apabila kuaci tidak dibenarkan dibawa masuk kedalam stadium... alasan mereka sebab boleh mengotorkan stadium... i like that...

Bab penyokong sabah pula mereka memang bersemangat tapi agak malang sebelum kami ke stadium ada juga kami berbual dengan penduduk disana... ramai yang tidak tahu dan ambil tahu pada malam tersebut ada games melibatkan pasukan sabah... jadi tidak hairan le kami kalau stadium tu tak penuh dengan penyokong..

Habis je perlawanan tersebut kami pulang ke hotel.. aku lepas mandi je terus turun ke bawah berjalan-jalan seorang diri... saje je membawa diri sebab nak lihat bagaimana cara kehidupan di sabah diwaktu malam...

Aku memang tak nak habiskan cerita aku ke sabah ni.. nanti aku sambung lagi sebab gambar-gambar disana belum di upload lagi.. so.. aku akan sambung semula cerita ni apabila dah selesai rakan aku menguploadnya nanti ye... Ni je le sedikit cerita yang mampu aku kongsikan setakat ini..

1 comment: