Tuesday, May 24, 2011

2 minit aje..

Pagi tadi.. lebih kurang jam 4.30 am aku memulakan perjalanan aku ke Melaka dengan membawa Leen dan Aleya.. Lokasi tujuan aku di Melaka adalah Kampung Gangsa, Durian Tunggal.. Aku mahu bawa Leen berubat disana..

Sepanjang perjalanan ke sana aku terpaksa lebih berhati-hati ketika memandu kerana pada waktu sebegitu lori-lori dan sewaktu denganya menguasai lebuhraya tersebut. Aku berhenti seketika di Hentian Senawang.. aku dah mula rasa mengantuk.. pekena rokok sebatang dan aku teruskan kembali perjalanan.. jam menunjukan hampir 6.00 a.m... aku kini berhenti pula di Hentian Ayer Keroh.. Kakti call .. bertanya kedudukan perjalanan kami.. *Terima kasih kakti kerana selalu ambil berat..*

Selepas keluar aje dari Tol Ayer Keroh aku pun ikut panduan jalan yang telah diberi.. cari punya cari ambil masa hampir 30 minit barulah aku dapat sampai ke tempat yang dituju.. jam menunjukan 10 minit lagi ke 7.00 am..

Aduh... dapat no 52... angka giliran yang diberikan kepada Leen.. lama lagi tu.. aku tengok baru angka 10 di skrin... Aleya dah mula meragam.. bila dia tengok ramai orang mula lah dia melasak... Aku pun dukung Aleya... ada kedai minum didepan pusat perubatan tersebut.. aku layan nescafe segelas...

Alhamdulillah.. ada insan yang berhati mulia.. disebabkan kami mebawa anak kecil maka dia telah berjumpa dengan Tuan Haji.. No giliran kami dipanggil walaupun ketika itu no di skrin baru 16..

Masuk je dalam bilik rawatan tersebut.. kami disambut dengan senyuman..Leen memperkenalkan diri dengan Tuan Haji.. Sambil mulut berbual Tuan Haji menyapu krim di perut Leen sambil seakan akan menyubit perut tersebut.. nah... terus Tuan Haji masukan batu karang sebesar kacang goreng ke dalam plastik... Fuyoo.. cepatnya.. aku tergamam.. 2 minit je dah selesai..

Alhamdulillah... segalanya selesai.. lepas ni aku gi scan dan nak tengok ada lagi tak batu karang tersebut didalam hempedu Leen.. nih rupa batu karang tersebut:
Batu karang

Disini aku nak ucapkan Ribuan terima kasih buat semua yang mendoakan kesihatan Leen..
Kakti: terima kasih kerana selalu ambil berat terhadap kami.
Norazman: Terima kasih kerana sudi pinjamkan kereta untuk kesana.
Amar, Alie dan Aliesya: terima kasih sbb tolong tengok-tengokan cc untuk aku..
Kak Kikin: terima kasih..

Friday, May 20, 2011

Nak gi Melaka.

Aku nak hantar Leen berubat kat sana.. aku dengar memang boleh sembuh.. tak larat le aku nak ulang alik ke hospital ditambah pula dengan bil-bil hospital yang perlu dijelaskan nanti.. tu tak termasuk lagi kos pembedahan... mana nak cekau duit..

Huh.. dugaan.. ini lah kehidupan.. tak boleh lari dari masalah.. cuma kita jer perlu tahu cara nak selesaikanya.. bukanya aku sentiasa nak mudah dan senang aje.. tapi kalau ikut fikiran waras memang wajar pilihan ke Melaka untuk berubat disana didahulukan..

Terima kasih buat semua rakan-rakan yang mendoakan kesihatan Leen..

Tuesday, May 17, 2011

Menguji tanggungjawab.

Dah 3 hari Leen kena tahan kat wad hospital Selayang.. Aku betul-betul letih.. semua pekara aku kena handle.. Ini tanggungjawab aku.. aku kena tunaikan.

Selepas scan doktor mengesahkan Leen menghadapi sakit disebabkan ada batu karang di hempedu.. aduhai.. macam-macam dugaan yang terpaksa kami berdua tempuh.. hari ahad yang lepas jam 8.30 pagi Leen call aku suruh balik.. sambil menangis teresak-esak dia kata perut sakit sangat.. apa-apa pun tak boleh masuk ke perut sebab kalau masuk je terus muntah balik.. Aku yang baru habis kerja masa tu bergegas balik.. sampai rumah dia minta aku hantar dia ke hospital.. disebabkan kenderaan takde jadi aku terpaksa meminta pertolongan dari seorang kawan.. kena tunggu dia habis berniaga dahulu.. jam 12 tengahari baru dia dapat menghantar kami.. selepas pemeriksaan doktor memberitahu yang Leen terpaksa ditahan di wad.

Aleya yang paling aku kasihan.. 10 bulan tak pernah berenggang dengan mamanya.. malam pertama Aleya okay lagi.. tak meragam sangat.. tapi malam kedua teruk juga dia meragam.. rindu sangat kat mama dia.. so.. semalam aku bawa le Aleya ke hospital.. dapat le dia berjumpa dengan mama dia tu.. Malam tadi pun aku bawa.. dapat le Aleya menyusu badan..

Tengahari nanti aku akan ke hospital semula.. nak dapatkan penjelasan lebih lanjut dari doktor yang merawat.. Aku mahu bawa Leen pulang.. cuba berubat cara kampung.. bukan aku tak yakin dengan kepakaran hospital tetapi aku nak mengelakan dari Leen dibedah/laser atau vacum.. sebab aku takut ada effect di kemudian hari..

Mak, Abang dan Kakak Leen tiba ke Kuala Lumpur petang semalam.. tapi kerana lewat sampai mereka tak boleh melawat Leen kerana waktu melawat dah tamat.. so tengahari ni le mereka dapat melawat.. mereka minta nak bawa Aleya balik kampung.. aduh... tak dapek den nak tolong eh doh... biar le aleya disini.. susah camne pun aku tetap akan menjaganya sebaik mungkin..

Aku percaya.. semua ni hanyalah dugaan untuk ku dari Allah s.w.t.. aku kena banyak bersabar.. aku berdoa semoga Leen cepat sembuh.. dan aku berjanji menunaikan tanggungjawap aku sebagai ketua keluarga disaat dugaan sebegini..

Saturday, May 14, 2011

Kerja 16 jam hari ini.

Apa benda nak cerita ni.. nak cerita bab bolasepak jer nanti leh membosankan.. minggu ni nak rehat sebab takde perlawanan melibatkan Negeri Sembilan... boleh le aku luruskan badan...

Semalam aku tidur je kat rumah, petangnya pula aku turun nak gi gunting rambut.. ramai lah pulak yang sedang tunggu giliran.. so aku pun memang malas nak menunggu.. aku gi kat tempat kerja.. online sekejap.. kebetulan Norazman online time tu.. pas online dia ajak aku pergi kat tesco selayang... aku follow dia.. balik jer dari sana aku terus balik ke rumah..

Sampai kat rumah aku kena turun kedai balik.. aku tak beli lak sup daging Leen kirim.. aduh... aku turun balik.. kali ni aku bawa Aleya sekali.. kesian lak kat Aleya.. terperap jer kat rumah.. dah setle semuanya aku pun sambung tidur.. terjaga jer dah jam 12 tengah malam.. aduhh.. aku lambat le.. sepatutnya jam 12 tu aku dah masuk kerja...

Macam tak biasa lak aku ni.. bukan ke hari-hari aku memang lambat masuk kerja .. hehehehehe.. Hari ini aku kena kerja 16 jam.. dari aku masuk kerja tadi sampai le jam 4 petang nanti.. nasib baik le aku ni memang dah biasa kerja lebih masa.. setakat 16 jam takde hal punya.. biasanya aku kerja 20 jam sehari..

Kerja teruk tapi kaya nya tak jugak.. ni le masalah aku.. ntah bila nak jadi kaya.. hahahhaha.. tapi aku still bersyukur dengan apa yang aku terima sekarang ini.. takde la sampai tak makan dan tak minum.. rezeki tu tetap ada...

ok.. aku tamatkan kat sini sebab takde point lagi dah aku nak tulis...

Friday, May 13, 2011

Hilang part 3 aku.. gambar -gambarpula aku upload..

Mana pulak hilangnya part 3 aku nih.. malas le aku nak tulis balik... kira dah tamat le tu... kali ni aku nak kongsi gambar-gambar sahaja... kredit buat Anisha Dania, Zul khairie dan rakan-rakan kerana sudi ambil gambar aku...



















































Kalau ada yang bertanya nak lagi ke aku gi sabah.. jawapan aku "nak le kalau ramai-ramai.."