Saturday, October 13, 2012

Khas buat yg sakit perut disebabkan banyak angin.


Seluar Dalam Anti Bau Kentut..




Ketika menderita perut kembung, seseorang sering merasa terseksa ketika berada di tempat umum kerana takut buang angin yang dapat menyebabkan bau.

Tapi kini tak perlu bimbang, penyelidik baru saja mencari seluar dalam yang boleh meredam bau, termasuk bau kentut.

Seluar dalam ini direka untuk menyembunyikan bau kentut, orang yang mengalami perut kembung sekarang tak perlu bimbang harus buang angin di tempat umum, kerana penyelidik dari Australia telah mencari dan memasarkan seluar dalam yang dapat memadam dan mencegah

Seluar dalam tersebut khusus dibuat untuk lelaki dengan menggunakan nanaoteknologi yang dirancang dapat mencegah bau kurang sedap keluar melalui kain.

Idea pembuatan seluar dalam khusus ini bermula dari seorang pengusaha asal Australia yang tak berdaya menahan rasa malu saat mengalami perut kembung di pejabatnya.

“Saya memimpikan konsep pakaian 4SKINS yang menahan bau ini selepas saya dan beberapa ahli keluarga saya menderita perut kembung,” jelas Gilbert Huynh, pengusaha 4SKINS, dipetik Foxnews.

Menurutnya setelah mengalami keadaan tersebut, ia berfikir untuk membuat seluar dalam yang tidak hanya selesa digunakan tetapi juga boleh dimanfaatkan untuk menahan bau yang tidak sedap agar menghindarkan dari rasa malu.

“Jika ini membantu mengurangkan jumlah bau, maka akan jadi sebuah peluang yang besar, terutama bagi orang yang mengalami kembung dan harus sering buang angin,” jelas Huynh.

Setelah dua tahun penyelidikan dan pembangunan, termasuk ujian terhadap 50 peserta, Huynh akhirnya dapat menyelesaikan projek tersebut dan menghasilkan seluar dalam yang menjadi penyelesaian dengan menggabungkan keselesaan dan gaya.

Rahsia seluar dalam yang dapat menahan ancaman gas metana ini adalah teknologi yang disebut dengan kain Neutraliser. Kain yang dibuat dengan Nano-Tex ini tidak seperti penyelesaian lain yang bertujuan untuk mengurangkan bau, tetapi untuk menahan bau yang keluar.

Bau dibalik seluar ini dipastikan tidak keluar, sehingga membolehkan orang-orang di sekitar pengguna boleh bernafas.

“Saya pakai sendiri dan melakukan beberapa ujian asas. Lalu keluarga dan kawan-kawan saya juga memakainya dan mengatakan ini benar-benar bekerja,” kata Huynh.

Friday, October 12, 2012

Banyak menang ka?



Sultan Ahmad sumbang ganjaran RM50,000



PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah gembira dengan kejayaan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mara ke final Piala Malaysia selepas 46 tahun menanti.
Lebih manis Pemerintah Tertinggi ATM itu mengumumkan habuan berjumlah RM50,000 selepas tamat perlawanan yang menyaksikan kelab Singapura, LionsXII pulang hampa.

“Saya tidak pernah melihat ATM bermain namun memuji prestasi yang dipamer pemain dan jelas tahap bola sepak tempatan semakin baik. Saya sangat sukacita dapat hadir menyaksikan perlawanan hebat ini,” katanya.
Sultan Ahmad Shah antara puluhan ribu penonton yang dihidangkan aksi mendebarkan selama 120 minit selain aksi dramatik ketika sepakan penalti yang menyaksikan ATM mara dengan kemenangan penalti 5-4 selepas terikat agregat 2-2.

“Saya turut gembira walaupun sudah penghujung musim, sambutan meriah masih diberikan penonton dan ini satu petanda baik terutamanya kepada FAM. Saya harap ia berpanjangan selepas ini.

“Malah saya menyeru penyokong datang beramai-ramai untuk menyaksikan perlawanan akhir.” Perlawanan akhir bakal berlangsung di Stadium Shah Alam pada Sabtu depan.


PRESIDEN FAM SILA LETAK JAWATAN!!!


Tuesday, October 9, 2012

Jang cari muka baru


SKUAD Negeri Sembilan yang terkandas di suku akhir Piala Malaysia sekali gus gagal mempertahankan Piala Malaysia dijangka berwajah baru pada saingan Liga Malaysia musim depan.
Ini berikutan beberapa pemain baru dijangka diserap bagi mengisi kekosongan ditinggalkan pemain skuad itu yang tamat kontrak.

Antara pemain yang menamatkan kontrak musim ini termasuk kapten pasukan, Mohd Shukor Adan dan penjaga gol Mohd Farizal Marlias selain pemain tengah Idris Karim dan pemain sayap kiri, S Kunanlan.
Farizal yang juga penjaga gol kebangsaan dikatakan bakal berhijrah ke Perak manakala Kunanlan dipancing Selangor sementara Shukor Adan pula berminat menyarung jersi Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Sumber menyatakan, antara beberapa pemain lama yang dijangka terus kekal dalam skuad itu termasuk Norhafiz Zamani Misbah, Shahurain Abu Samah, Mohd Alif Shamsuddin, Mohd Firdaus Azizul, Abd Halim Zainal dan Ahmad Shakir Md Ali.

Pemain baru yang sudah mengesahkan untuk bersama skuad Hoben Jang Hoben adalah bekas pemain Pos Malaysia, Azmeer Yusof, yang dipinjam pada kempen Piala Malaysia.
Kedudukan dua pemain import, Jean Emmanuel-Effa Owona dari Cameroon dan Marian Farbak dari Slovakia juga belum pasti kerana pengurusan pasukan meneliti prestasi mereka sebelum menawarkan kontrak baru.

Menurut sumber itu, pihaknya belum mendapat maklumat jelas dari segi kedudukan pemain yang bakal menganggotai pasukan bagi menghadapi musim depan, namun percaya pengurusan meneliti beberapa pemain terbaik tempatan untuk diserapkan.
“Saya akui beberapa pemain sudah tamat kontrak musim ini dan sebahagian daripada mereka turut mendapat tawaran baru dengan pasukan lain.

“Namun, saya yakin pengurusan pasukan berusaha mendapatkan pemain terbaik kerana ada isyarat daripada pengurusan tertinggi,” katanya semalam.

Tarif elektrik kekal hingga Jun tahun depan




KUALA LUMPUR – Kadar tarif elektrik kekal pada paras semasa sehingga Jun tahun depan, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Peter Chin Fah Kui (gambar).
Beliau berkata, kerajaan pada awalnya merancang menyemak semula tarif setiap enam bulan, namun Kabinet, yang merupakan pihak berkuasa akhir, menolak pelan itu.
Chin berkata, kementerian berkenaan membentangkan kertas mengenai tarif itu baru-baru ini kepada Majlis Ekonomi Negara.
“Kabinet tidak meluluskannya. Oleh itu saya menjangkakan semakan semula tidak akan dibuat dan tarif kekal pada tahap semasa,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Seminar Amalan Terbaik Antarabangsa di sini semalam.

NS Betaria ke Liga Perdana 2013





PETALING JAYA - Wakil kelab Negeri Sembilan, Betaria FC mengisi slot terakhir ke Liga Perdana musim depan selepas mencatatkan kemenangan selesa 3-0 ke atas UiTM FC pada perlawanan kalah mati di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam ini.
  
Betaria FC yang dibimbing Mohd Azuan Zain melancarkan serangan bertali arus ke kubu UiTM FC sebaik sahaja pengadil perlawanan, Kamal Ahmad meniupkan wisel permainan.
  
Hasilnya, pemain tengah Nasrullah Haniff Johan membuka tirai jaringan untuk kelab tersebut seawal minit keenam sebelum Khairul Azlan Muhamed menambah gol kedua pada minit ke-29 menerusi larian solo dari tengah padang.
  
Enam minit kemudian, Nasrullah Haniff mencipta jaringan peribadi untuk memberikan tekanan kepada UiTM FC yang dibimbing bekas penolong jurulatih Harimau Muda A, Azman Eusoff.
  
Bersambung separuh masa kedua, UiTM FC memperkemaskan jentera hadapan namun kekebalan benteng pertahanan Betaria FC yang dikawal oleh S. Harivarman dan Mohd Rizal Roslan menyukarkan mereka untuk mencari gol.

Keputusan itu kekal sehingga tiupan wisel terakhir perlawanan oleh pengadil untuk membolehkan juara Liga FAM 2011 itu kekal bersaing dalam Liga Perdana untuk musim kedua berturut-turut.
      
  
    Barisan Pemain:
    ----------------
  
    Betaria FC: Mohd Khairul Izzuwan Saari, S.Harivarman, Mohd Rizal Roslan,
Khairul Azlan Muhamed, Muhammad Shahrul Nizam Abdul Hamid, Mohamad Afendi Ishak,
Nasrullah Haniff Johan, L. Rajesh,    C. Premnath, Mohd Saufi Mohd Ibrahim
(kapten), Muhammad Fauzi Abdul Kadar.
  
    UiTM FC: Afiff Aizad Azman, Ahmad Syahir Ismail (kapten), Mohd Faid Mohd
Tahir, Muhammad Aizat Jaini, Muhamad Firdaus Paris, Mohd Shafiq Mohd Mokhtar
(Mohd Adam Syahir), Mohd Nasril Izzat Jalil, Saiful Ridzuwan Selamat, Mohamad
Nazrin Khairi, Muhd Nursalam Zainal Abidin (Saiful Hazmi Salleh), Mohd Afham
Zulkipeli.
  
  
    Senarai 12 pasukan Liga Perdana 2013:
    ------------------------------

  
    Kedah  
    Sime Darby
    Johor
    PDRM
    USM FC
    Pos Malaysia FC
    Harimau Muda B (pasukan jemputan)
    MP Muar
    Sabah
    Sarawak
    SPA FC (Juara Liga FAM)
    Betaria FC
  
- Bernama

Sunday, October 7, 2012

Presiden FAM kecewa terhadap beberapa insiden


#AMANAT RAJA BOLA!


PRESIDEN Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah meluahkan rasa kecewa terhadap beberapa insiden yang membayangi kancah bola sepak tempatan.
Antara yang mencetuskan kekecewaan Sultan Ahmad adalah isu penggantungan penggantungan bekas jurulatih Terengganu, Peter James Butler yang mendapat perhatian media dengan beliau berpendapat ia mampu diselesaikan dengan baik seperti masalah rumah tangga.

“Saya agak kecewa isu ini diperdebat di dada akhbar. Saya ingatkan persatuan negeri dan anggota FAM agar memelihara imej kita sebagai penjaga bola sepak di Malaysia. Sekali pun masalah Butler adalah hal-ehwal rumah tangga Terengganu, tempiasnya akan terkena kepada FAM,” katanya pada mesyuarat Jawatankuasa Eksekutif badan induk bola sepak negara itu, semalam.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan agar bersikap profesional dan mengurus tadbir persatuan dengan penuh tanggungjawab kerana bakal menanggung aib jika sekadar profesional pada nama bukan pada realiti.

Kes Butler kini dalam proses penelitian FAM dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) diminta memberikan beberapa dokumen yang diperlukan sebelum Jumaat ini bagi diteliti Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib, Datuk Taufek Abd Razak namun penggantungan terbabit mendapat liputan meluas media tempatan serta antarabangsa.

Sultan Ahmad meluahkan kekecewaannya terhadap kelakuan segelintir penyokong dengan insiden membaling botol, pergaduhan, membaling mercun dan kadang kala membawa sepanduk memperlekehkan pegawai persatuan kerap berlaku.
“Jadi saya berharap ahli dan persatuan negeri dapat menjalin kerjasama yang lebih rapat dengan kelab penyokong dan menasihatkan mereka akan lebih berhemah dalam memberi sokongan kepada pasukan. Kita sedar bola sepak mencetuskan emosi tetapi ia perlu dikawal,” katanya.

Sultan Ahmad turut menyentuh mengenai panggilan pemain untuk menyertai skuad kebangsaan dengan menyatakan ia adalah satu kewajipan yang perlu disahut pemain.
“Adalah wajar pemain yang tersenarai oleh jurulatih dilepaskan pasukan negeri terbabit. Kejayaan di Piala AFF (penghujung November) adalah penting dalam memastikan kita berada di landasan yang betul dengan pasukan kebangsaan adalah pembawa imej kepada FAM dan negara,” katanya.

Selain itu pemergian Allahyarham Tan Sri Abdul Ghani Minhat turut mendapat perhatian beliau apabila menyatakan jasa dan legasi ‘Raja Bola’ tidak terhad kepada Selangor, malah pernah menjadi jurulatih skuad kebangsaan dan dianggap seorang yang mementingkan kesempurnaan.

PRESIDEN F.A.M SILA LETAK JAWATAN!!!

Halim Munan

Nak tengok filem Halim Munan...

Sila klik disini...: Layan


http://ujinms.blogspot.com
Add caption