Thursday, March 31, 2011

Aksi ku di Liga-J

Kenangan sedikit semasa masih lagi aktif menjadi pemain bola sepak, masa tu aku bermain untuk skuad Simpang Durian Fc dalam Liga-J (liga jelebu). Antara perlawanan yang masih segar dalam ingatan ku melibatkan saingan separuh akhir antara Simpang Durian Fc vs Seperi Fc.

Seperi Fc memang terkenal dalam Liga-J ni sebab sudah beberapa kali menjadi Johan dan dibarisi pemain-pemain yang hebat dari daerah jelebu. Manakala Simpang Durian Fc hanyalah skuad biasa tetapi kali ini diperkuatkan dengan dua orang pemain import dari Kuala pilah iaitu aku dan rakan aku yang lebih dikenali dengan panggilan Bang Tih.

Separuh masa pertama yang berlangsung dengan tegang, tak silap aku 10 minit pertama aku dah dapat love bite cap stuck boot keeper tepat didada aku ni, bola yang melambung tinggi menuju ke hadapan gol.. aku cuba mencabar bola tersebut tetapi penjaga golnya lebih bijak dengan menghantar tapak kasutnya tepat kedada ku. semput tak bernafas sekejap aku. Memang dalam perlawanan hari itu aku menjadi sasaran kekerasan dan bentesan dari pertahanan serta penjaga gol pihak lawan. Aku yang tak puas hati kerana sering jadi mangsa telah mempertikaikan nya kepada pengadil, apa yang pengadil tu balas balik kata-kata aku .. "kalau tak nak kena jangan main bola"... jahanam betul pengadil tu.

Sehingga minit ke 50 pasukan Durian Fc telah ketinggalan dengan 3-0. Aku dan rakan-rakan tetap cuba berusaha menyaingi pasukan tersebut. Perlawanan yang pada awal lagi dikuasai oleh Seperi Fc dengan serangan bertali arus manakala team aku mengharapkan serangan balas sahaja. Perlawanan berubah rentak pada 15 minit terakhir, Durian Fc berjaya menyamakan kedudukan, gol ketiga dan gol penyamaan tersebut dijaringkan oleh aku...

Tuah tidak juga menyebelahi pasukan durian Fc, walaupun berjaya menyamakan kedudukan dari ketinggalan tetapi masih juga gagal untuk ke Final, 120 minit berjuang diatas padang tetapi aksi sepakan penalti telah memisahkan pasukan Durian Fc untuk ke final. Juara pada tahun tersebut iaitu Seperi Fc manakala Durian Fc hanya mendapat tempat ke tiga sahaja.

Wednesday, March 30, 2011

Kojo den..

Assalamualaikum...
Hari ni masuk kojo jam 2 pagi, terlewat lagi 2 jam. nasib la tak guna punch card, kalau tak dah tentu kono tolak gaji. Masuk je kojo check FB dulu.. takde la benda lain nak dibuat melainkan check komen-komen jer.

Bila dah free sikit masuk kat BBWEAN9.. delete post yang lama... rasanya dapat la delete dalam 800 post.. letih jugak dibuat eh. Tiba-tiba check kat wall member asyik main games kat Fb.. tertarik lak dengan games "Pool Practice".. cam best jer... aku pun layan la....

Belum dapat la lagi nak chalangge member-member aku.. aku nak balun hari ni.. harap-harap dapat la beat highscore mereka... Aku chow dulu.. nak sambung main game nih... wasalam..

Monday, March 28, 2011

Akan ku tulis selepas ini..

Idea bukan tiap-tiap hari ada, puas perah otak pun belum tentu akan ada idea apa yang patut diceritakan. Oleh sebab aku dah letih nak memerah otak mencari idea so aku fikir lebih baik aku hanya tulis apa yang berlaku dalam kehidupan aku 24 jam sebelumnya.. ini maknanya blog ni menjadi diari kehidupan aku lah. Aku tak fikir yang orang akan suka baca blog aku ni tetapi aku harap atas niat yang ikhlas walaupun tak membaca sepatah haram pun tetap mengklik iklan nuffnang yang ada dalam blog ini.

24 jam tempoh yang lama kalau nak diceritakan satu persatu minit ke minit.. so aku ambil apa yang penting sahaja ataupun fakta-fakta sahaja. Macam biasa jam 12 tengah malam aku akan bekerja, walaupun mengantuk aku terpaksa harungi jugak. Semalam juga kawan aku Mat Kopiko ada datang kesini untuk melepak. Aku bagi dia main free, sementara aku pula duduk kat kaunter dan tertido. Jam 4 pagi Mat kopiko mengejutkan aku, dia dah nak balik.. terpisat-pisat sebentar sebelum aku menunjukan arah yang mudah agar cepat dia sampai ke rumah.

Habis kerja jam 8 pagi aku sambung lagi kerja sebab kawan aku dah tentu lambat sampai punya. Tunggu-punya tunggu jam 12.30 tengahari barulah dia muncul.. so lepas tu aku pun blah dan masuk ke tempat kerja aku lagi satu.

jam 6 ptg aku balik kerja... berehat sebentar sebelum mata aku tertutup dengan mimpi yang aku sendiri tak pasti. Jam 1 pagi tadi rakan ku dah menelefon... aku lambat pulak masuk kerja hari ni... tak perlu bergegas... buat muka selamba je aku masuk kerja lambat sebab bos bukanya ada pun jadi ikut suka hati aku je lah jadinya.

Friday, March 25, 2011

Bila aku bosan!!

Bosan, tiada ubat untuk penyakit ni.. ada je waktu dan ketika yang akan membuatkan aku bosan... Biasanya kalau aku bosan aku akan habiskan masa aku dengan tidur... tetapi kalau waktu tu bukan berada kat rumah aku akan cari satu tempat untuk termenung.

Bagi aku bosan ni satu penyakit, sampai tahap dimana diri sendiri bosan kerana terlalu bosan... hahahha... Untuk mengelakan aku berasa bosan aku tak akan melakukan sesuatu yang boleh mendatangkan kebosanan. Tak kiralah apa pun jenis kebosanan yang aku hadapi, aku akan cepat-cepat mencari sesuatu bagi mengelakan keadaan bosan yang lebih teruk lagi.

Bagi yang baca artikel ni... harap korang tak bosan sebab aku cerita bab bosan... sebabnya masa aku tulis artikel kat blog ni aku sedang BOSAN!!!!

Thursday, March 24, 2011

Terima Kasih Sahabat..

Perkenalan di alam maya sahaja pada awalnya, kau dgn aku berbual menggunakan chat dari Yahoo Messenger. Setiap hari kita berbual, alam maya menjadi tempat kita meluahkan rasa persahabatan. Ada sahaja pekara yang mencuit hati, membuatkan kita tersenyum sendirian. Kalau sehari tak dapat chat bersama mu pasti akan terasa kekurangan pada hari tersebut.

Cerita di kongsi, masalah dibincang bersama.. kau dan aku sentiasa berfikiran terbuka. Sebenarnya aku merasa amat-amat bertuah mengenali dirimu kerana dirimu banyak menasihati aku dari pelbagai aspek. Tak keterlaluan jika masa itu hanya diri mu sahaja yang menjadi tempat aku mencurahkan segala masalah yang aku hadapi. Dan diri mu tak pernah jemu memberi kata-kata perangsang kepada ku.

Kita bertemu jua akhirnya, kau dan aku bersua muka.. walaupun sekejap tapi ia sudah memadai bagi ku. Sahabat, layanan mu terhadapku sewaktu aku berjumpa dengan mu sungguh baik sekali. Perwatakan mu di alam maya dan di dunia sebenar adalah sama.. Syukur kepada Illahi kerana mempertemukan aku dengan diri mu.

Ribut melanda persahabatan kita, tetapi diri mu sungguh tabah. Waktu itu aku menjadi serba salah kerana ia semua berpunca dari diri ku. Alhamdulillah, diri mu tetap tak berubah. Banyak yang ku rahsiakan dari diri mu tetapi kerana keikhlasan diri mu menjadi sahabatku terungkai jua segalanya.

Bila sampai waktu kita membawa haluan masing-masing, aku rasa kehilangan. Pada benak fikiran ku waktu itu tamatlah persahabatan kita. Rupa-rupanya tidak, aku salah sangka... Sehingga kini diri mu tetap menjadi sahabatku. Diri mu masih seperti dahulu yang sentiasa mendoakan kejayaan ku dan sentiasa menasihati diriku. Sesungguhnya diri mu lah sahabat yang setia.

Terima kasih kerana menjadi sahabat ku, terima kasih kerana masih sudi mendengar masalah ku.. Mungkin ada yang tak dapat ku ceritakan disini tentang dirimu tetapi seikhlas hati ku mengatakan "Terima Kasih Sahabat".. diri mu hanya ada 1 dalam seribu...

Coretan: N9_JoE...

Wednesday, March 23, 2011

Bila jadi budak bujang,

Bilo umur mulo meningkat 18 tahun mulalah buat perangai, dah tak boleh nak ditegur.. siang tido malam pulak berjago. Melepak kat pot sampai awal pagi. bukan buat apa pun cumo bual kosong ajo. Tipa-tiap hari buat bondo yang samo.. takdo lah nak fikir tentang maso hadapan.. leko dibuai kerenah budak bujang.

Biasonyo kalau dah berjago tu mesti ado aktiviti lain yang dibuek, pemongaklah namo eh kalau bual kosong ajo kan.. Jadi aktiviti eh mengikut musim. Musim yang paling den suko adolah musim Durian. Kek kampung aktiviti ni digelar "merosap". Untuk merosap tak perlu ramai-ramai.. cukup lah berduo ajo tapi kalau hati kering poie sorang-sorang ajo lah. Maksud merosap adolah "mencuri durian", kalau poie merosap beramai-ramai sonang kantoi eh sobab gerenti bising punyo. Punyolah banggo kalau poie merosap lopeh tu bawak hasil eh tunjuk dopan kawan-kawan, di kojokan beramai-ramai sampai muak.

Cumo ado beberapo aktiviti ajo yang den tak akan join seperti mengintai anak daro orang mandi dan mengkekah bohsia. Den tak minat pekaro-pekaro camni sobab nampak seperti menginayo orang ajo. Antaro lain aktiviti yang den buek maso bujang dulu adolah lumbo motor. Takdo lotak apo-apo pertaruhan cumo sajo nak setting motor masing-masing dan motor sapo yang paling laju ajo. Biaso eh jarak berlumbo sejauh 2 kilometer dan den tak ponah pun dapek no 1 sobab den bukan dilahirkan sebagai jaguh lumbo motor.

Kalau musim ado orang buek kenduri nikah lak maso ni digunokan untuk berjudi, lopeh ajo jam 12 tongah malam mulo lah bukak table. Lekolah berjudi sampai kepagi hari. time pengantin bersanding sekor haram pun tak nampak muko, Masing-masing habih lolap kesemuo eh..

Memang time bujang ni menjadi kemarahan bagi Orang-orang tuo, mak-ayah dan sedaro-maro tak terkecuali jiran-jiran.. ado ajo bondo salah yang akan dibuek. Bilo dimarah dah tentu naik angin, mulolah menunjukan darah anak mudo yang tongah mendidih.. tak leh nak disentuh sikit mulolah nak melantun..

Bilo Umur meningkat dewaso mulolah tinggalkan peel orang bujang tu, dah pandai berfikir yang mano elok dan yang mano salah. mulolah ambil hati kesemuo eh dan yang paling penting mulolah menjadi penasihat kepado adik-adik yang jadi budak bujang pulak...

Monday, March 21, 2011

Bola.. Bola... Bola...

Hanyo dengan menggunokan hujung ibu jari kaki den menyepak bola.. itulah kali pertamo den meraso menondang bola dan kali pertamo meraso betapo ibu jari kaki den sakit bilo menondang bola.. caro sepakan tu dikonali sebagai "tonjol". tanpo menggunokan kasut hanyo berkaki ayam den dengan kawan-kawan yang lain pun bermainlah bola setiap potang. dari tak reti menyepak sampai lah buleh mengelecek... takdo la terer bona doh cumo buleh lah sikit-sikit.

Tapi malang eh den mulo aktif menyertai pasukan bolasepak selopeh abih sekolah, time sekolah bukan den tak nak main tapi jarak antaro sekolah dengan rumah yang begitu jauh dan tiada transport untuk den balik kalau ado latihan waktu potang. Mulo-mulo den sertai pasukan kampung den yang masuk liga kek Kualo Pilah. Itu lah pengalaman pertamo den sebagai pemain bolasepak. Den diberi tugas benteng sebolah kanan, game tersebut den berjayo membuekan striker lawan diusung keluar. sejak tu namo den terus tersenarai dalam kesebelasan utamo team. Dalam tahun tu jugak (1994) den dapek tawaran main untuk daerah Kuala Pilah dalam Piala Tuanku yang akan disertai oleh daerah yang ado kek Negeri Sembilan. Den diberi tugas menjago pertahanan sebolah kiri, Alhamdulillah maso tu jadi Johan..

Den jugo buleh bermain diposisi penjaga gol, ponah menang pertandingan 7 sebolah ketiko den menjadi penjaga gol nih... dan ponah menjadi naib juara bahagian kuala pilah dalam pertandingan peringkat dun. Tapi den tak suko bona menjadi penjaga gol ni doh.. raso tak pueh tengok orang berlari-lari kojar bola den pulak tercongok ajo dopan pintu gol.

Kecederaan yang paling teruk den raso time den menjadi pemain bola ialah time ankle injured dan kepalo den kono jahit sobab kono lastik dokek penyokong lawan... hahahhaha.. gilo kan.. sampai kono lastik den,, nasib la tak bosa mano luko eh cumo dapek 3 jahitan sahajo..

Zaman sebelum berakhir eh den menjadi pemain bola maso den main kek Liga Jelebu sebagai pemain import.. hahahahha... dapek bayaran laie tu... maso tu den menjadi striker... dapek jugak la lotak namo sebagai penjaring gol... selopeh tu den pindah ke Kuala Lumpur.. takdo laie dah main bola dan borek badan den pun naik...

Mat Kilang..

Den ponah jadi mat kilang, maso tu den kojo kek bandar baru bangi.. kilang sony video kek seksyen 1.. tahun 1995 dan 1996 kot... jawatan last den kek sanun sbg receiver.. tukang check barang-barang masuk...

Baru 3 hari kojo den dah dapek mc.. kono domam campak... 2 bulan jo kojo dah dapek surat confirmation... siap bos den bgtau laie maso meeting den org pertamo dalam sejarah eh sebagai bos dapek confirmation dalam maso 2 bulan.. kombang idung den sekojap... ramai jugak la kato yang den kaki kipeh... ontah apo eh.. tak leh lah pulak tengok den sonang...

Den rajin poie kojo.. sobab maso tu den dapek awek budak bandar baru bangi samo kojo kek kilang tu.. kono la hari-hari poie kojo sobab nak jumpo dengan dio.. sebolum masuk kojo sompek berdating kojap kek kafe... tapi malang eh den putuih jugak dengan dio walaupun maso tu den dengan family dio dah selalu jumpo dan rapat. Ni la akibat kecurangan den.. time rehat den selalu lak berdating dengan minah indon.. hahahhaha.. kantoi dengan dio.. sekali takpo.. galak kali den kantoi.. apo tak angin eh dio dengan den... lopeh putuih dengan dio.. den pun solo la.. minah indon tu pun den maleh nak kawan.. gilo lak ai.. tak nak den dgn minah indon doh.. ramai laie orang Malaysia yang boleh dibuek bini..

Hasil kojo kek sanun dapek la pakai moto rxz boli samo kawan den.. tu pun bkn duit den simpan doh.. sikit jo duit den tapi yang banyak keluar duit ayah samo abang den.. leko bona enjoy sampai la moto tu ntah kemano.. kawan den ambil balik moto tu... moto tu tersadai kek bengkel moto.. den tak poie ambil-ambil.. bilo den konang kembali seribu penyosalan kesudahan eh....

Den beronti kojo sobab den dah dapek warning letter kali ke tigo, kali ketigo tu den bergaduh dengan budak samo kojo dengan department. Budak tu main langgar ajo mejo den, apo laie.. hinggap la penerajang den kek belakang dio. Nasib tak baik bos nampak.. bos terus salahkan den tanpo bertanyo apo salah dan silap eh maso tu..  berakhirlah sudah memori mat kilang den..

Takdo seronok eh doh kojo kilang dulu.. gilo aii.. basic den baru rm350.00 kono buek overtime gilo-gilo.. tu pun baru dapek dalam rm700.00, nak makan apo... elok la den beronti kan... banyak laie kojo lain.. hahahaha...

chow....

Sunday, March 20, 2011

Zaman Sekolah Menongah...

Den bersekolah kek sek. men. batu kikir... dari form 1 sampai la form 5... den ni kek sekolah dulu tak glamer doh..macam budak skema.. rambut bolah topi.. tapi den bukanlah skema.. macam ajo yo.. macam macam konangan la maso sekolah dulu, ado yang manih dan ado yang pahit. Kalau cerito bab sekolah ni mesti ado konangan couple maso tu.. ado la jugak bercinta time sekolah tapi takdo la serius bona doh.. den ni kek sekolah ramai adik-adik angkat jo.. laie sonang.. bebas..


Yang tak dapek den lupokan time kono pakai baju Melayu setiap hari Jumaat.. 1st time pakai baju melayu ni excited... pueh den menyimpul samping pagi tu.. dek kerano leko ajo terlambek lah pulak keluar dari rumah... bas dah menunggu kek topi simpang.. apo laie.. berlari2 lah... samping yang den sarung terlucut mako den pun terjatuh la... abih rabak seluar dan baju melayu den.. melalak den kesudahan eh... hahahha...

Bab bergaduh dan tunjuk samseng memang ado la.. tapi takdo la gaduh besar-besaran doh.. dan den jugak bukan lah dari golongan gangster maso sekolah dulu.. den takdo la masalah disiplin time kek sekolah dulu, tak ponah la sampai kono buang atau gantung sekolah, budak baik den ni sebonar eh... 

Blurr lak den ni ha.. idea den tetibo ajo hilang.. lupo den apo yang den nak tulih.. tadi maso mandi banyak yang den terpikir nak dikongsikan.. Omat akal den cmni.. takpo2.. idea den kembali normal nanti den sambung balik...

Friday, March 18, 2011

Kocik-kocik

Den cumo dapek tulih apo yang teringat ajo nih..

Yang den ingat maso den kocik-kocik dulu den ni pelat *sampai sekarang keluargo den masih bercerito bab pelat den ni sampai anak buah den pun dah tahu... jadi bahan ketawo la. Maso kocik dulu den tinggal kek rombang paneh (mempaneh).. maso tu lum ado laie paip air mahu pun bekalan letrik. kalau nak mandi kono la poie ke perigi. kemain sejuk.. bayangkan la pukul 6.00 pagi kono mandi air perigi sebab nak poie ke sekolah. Menggigil-gigil jadi eh... disobabkan takdo letrik laie maso tu kek rumah diterangi den pelito ajo, berjelago la lubang hidung pagi esok eh tu.. pueh la ngorek nak membuang eh..

Apo yang seronok eh maso kocik-kocik ni bebas bemain kek mano-mano ajo tak macam budak-budak sekarang. Disobabkan rumah den atas bukit dikelilingi dengan pokok gotah mako macam-macam permainan lasak la yang den main. Memang maso tu kehidupan keluargo susah, Ayah den bertungkus lumus siang dan malam mencari rezoki. Ayah den siang kojo eh motong gotah, kadang-kadang bersawah dan kalau ada rezoki dapek la bertukang buek rumah orang. Omak den pulak akan menolong ayah den motong, lopeh jo buek sarapan pagi *biaso eh kuih put-put (kuih jemput) dio akan ke kebun bersamo ayah den.

Maso den sekolah rondah ayah den dapek sewo kodai, jadi dio pun berniago la barangan runcit dan ado jugak buek jual minuman paneh samo pisang goreng. Den lak kegomaran makan cikides (jajan) yang ayah den jual... memang selalu kono marah la jadi eh, bondo nak diniagokan dibuek makan lak..

Potang lak den akan bermain kek padang sekolah, bantai main bola tak kiro paneh ko atau hujan. dah pueh main bola kang sonyap-sonyap den dengan kawan-kawan poie mandi sungai. kono cover line sikit kang kok kantoi lak mandi sungai kek ayah den. Tapi ayah den tahu jugak, apo tak eh.. kopoh jo badan den bilo balik ke rumah. Tapi tu la deh.. sepanjang hidup eh arwah ayah den tak ponah dio pukul den doh.. yang gomar pukul den tu la.. abang abang den jo la. sampai kono libeh dengan tangkai potai, berbirat-birat koting den.

Aktiviti malam lak den dgn adik beradik akan ke surau, belajar mengaji. berjalan kaki lak tu poie ke surau rodah kelapo sawit dengan kiri kanan yang golap. Time balik memang selalu kono kacau, ado pulak yang gomar menyamar jadi hantu.. apo laie.. mencanak-canak la berlari sambil meraung.

Tahun 1989 den pindah ke Kg Pelangai,  maso tu den dah form 1. Mako dengan automatik eh den dapek kawan-kawan baru dan aktiviti-aktiviti permainan baru. Ni jo lah den cerito kali ni, lain kali den cerito laie.

Salam Perkonalan.

  • Namo: Mohd Syukri Mat Sharif
  • Umur: 35 thn 03-09-1976
  • Tempat Lahir: Kg Rembang Panas, Kuala Pilah *dah pindah ke Kg Pelangai
  • Lain-lain tak yah tahu lah yo....