Thursday, March 31, 2011

Aksi ku di Liga-J

Kenangan sedikit semasa masih lagi aktif menjadi pemain bola sepak, masa tu aku bermain untuk skuad Simpang Durian Fc dalam Liga-J (liga jelebu). Antara perlawanan yang masih segar dalam ingatan ku melibatkan saingan separuh akhir antara Simpang Durian Fc vs Seperi Fc.

Seperi Fc memang terkenal dalam Liga-J ni sebab sudah beberapa kali menjadi Johan dan dibarisi pemain-pemain yang hebat dari daerah jelebu. Manakala Simpang Durian Fc hanyalah skuad biasa tetapi kali ini diperkuatkan dengan dua orang pemain import dari Kuala pilah iaitu aku dan rakan aku yang lebih dikenali dengan panggilan Bang Tih.

Separuh masa pertama yang berlangsung dengan tegang, tak silap aku 10 minit pertama aku dah dapat love bite cap stuck boot keeper tepat didada aku ni, bola yang melambung tinggi menuju ke hadapan gol.. aku cuba mencabar bola tersebut tetapi penjaga golnya lebih bijak dengan menghantar tapak kasutnya tepat kedada ku. semput tak bernafas sekejap aku. Memang dalam perlawanan hari itu aku menjadi sasaran kekerasan dan bentesan dari pertahanan serta penjaga gol pihak lawan. Aku yang tak puas hati kerana sering jadi mangsa telah mempertikaikan nya kepada pengadil, apa yang pengadil tu balas balik kata-kata aku .. "kalau tak nak kena jangan main bola"... jahanam betul pengadil tu.

Sehingga minit ke 50 pasukan Durian Fc telah ketinggalan dengan 3-0. Aku dan rakan-rakan tetap cuba berusaha menyaingi pasukan tersebut. Perlawanan yang pada awal lagi dikuasai oleh Seperi Fc dengan serangan bertali arus manakala team aku mengharapkan serangan balas sahaja. Perlawanan berubah rentak pada 15 minit terakhir, Durian Fc berjaya menyamakan kedudukan, gol ketiga dan gol penyamaan tersebut dijaringkan oleh aku...

Tuah tidak juga menyebelahi pasukan durian Fc, walaupun berjaya menyamakan kedudukan dari ketinggalan tetapi masih juga gagal untuk ke Final, 120 minit berjuang diatas padang tetapi aksi sepakan penalti telah memisahkan pasukan Durian Fc untuk ke final. Juara pada tahun tersebut iaitu Seperi Fc manakala Durian Fc hanya mendapat tempat ke tiga sahaja.

No comments:

Post a Comment