Friday, April 1, 2011

Bolasepak Malaysia mundur?

Bila bicara tentang bolasepak Malaysia terasa agak membosankan, tak seperti di Eropah yang mana pemain terbaik didunia berhimpun. Memang jauh beza antara kualiti pemain bolasepak yang ada di Malaysia sekarang ini dengan pemain bertaraf dunia tersebut. Jika sekarang di Malaysia ada pemain hebat seperti Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha dan penjaga gol kebangsaan Norkhairul Fahmi tetapi di Eropah terdapat beribu-ribu orang pemain yang setaraf dengan pemain Malaysia tersebut. Ok lah.. jangan leka toleh ke Eropah, di jepun dan Korea juga pemain-pemain mereka jauh lebih baik dari yang ada di Negara kita ini.

Sebenarnya kelemahan melahirkan pemain di peringkat umur adalah musuh utama bolasepak di Malaysia. Boleh saya katakan anak-anak yang berusia 10 tahun ke bawah tidak mempunyai cukup ruang untuk menonjolkan bakat masing-masing. Bukan tiada pertandingan atau program-program untuk jangka umur tersebut tetapi tidak secara menyeluruh, boleh dikatakan hanya 15% sahaja program tersebut dijalankan. Dan ada juga program-program dilakukan di kawasan Bandar sahaja, sedangkan yang tinggal di luar daerah serta kampung-kampung dibiarkan begiru sahaja.

Untuk menjadi Seorang pemain bolasepak, pemain tersebut hendaklah mempunyai beberapa kriteria yang sewajarnya diwajibkan dan diasah.. Antara kriteria tersebut adalah:
  1. Disiplin 
  2. Kecergasan
  3. Kawalan bola
  4. Teknik
  5. Kepantasan
  6. Kuasa tendangan
  7. Penjagaan pemakanan/ penjagaan waktu rehat (tidur)
Mungkin jika ada yang saya tertinggal harap ada yang sudi memperbetulkanya.

Selagi Badan Induk Persatuan di Negara (F.A.M) kita mahu pun Persatuan Negeri-Negeri tidak memberi sebarang kerjasama kepada Persatuan Bolasepak di setiap daerah dan juga Sekolah-sekolah di luar bandar maka akan ramai lah pemain-pemain yang berbakat akan tenggelam sebegitu sahaja.

Tidak hairan juga lah sekarang ini ramai yang mempertikaikan kewibawaan F.A.M dalam hal mentadbir urusan bolasepak di Negara kita.

No comments:

Post a Comment