Sunday, April 3, 2011

Demam..

Ntah cmne aku boleh demam pulak pagi semalam... Badan rasa sejuk jer.. Kepala berdenyut-denyut.. tido pun tak lena. Terpaksa telan panadol 6 biji baru aku okay. Maa on the way balik dari Seremban pagi tu aku rasa lain macam jer, tetiba jer kepala aku rasa pening-pening lalat..

Oleh kerana aku dah rasa lain macam aku pun berhenti kat hentian serdang. Aku pejam mata sekejap bagi mengurangkan sakit kepala. Tapi bila aku terjaga masih lagi sakit rasa nak pecah. Aku tak larat.. aku berhenti kat tempat kerja.. aku terus tidur kat sana. Jan 9 pagi aku terjaga.. badan aku semakin lemah... pergh.. kalau lah aku kerja kat klinik mungkin dah sebotol ubat aku telan.

Aku memang tak suka kalau demam.. memang satu apa pun aku tak mampu nak buat.. tu sebab kalau aku demam aku akan telan jer panadol sampai la demam tu baik.. aku tak kesah berapa banyak pun ubat yang terpaksa aku telan...

Bila aku selidik balik kenapa aku demam baru aku teringat... Ni semua Don Helmi punya kerja... Kepala aku terhantuk ke muka dia... gegaran dalam kepala aku buatkan aku demam... ada saka rupanya budak ni...

No comments:

Post a Comment