Saturday, April 23, 2011

Senyum..

Pergh.. dah lama kot aku tak balik dari menyokong pasukan bola Negeri Sembilan dengan wajah senyum kambing... Saat yang manis tercoret selepas perlawanan menentang Pahang malam tadi.. aku puas!!!

Semasa rehat separuh masa pertama aku menoleh kearah score board yang tersergam... fooohhh.. lama dah aku tak nampak kedudukan kat scoreboard tu menyebelahi pasukan Negeri Sembilan.. seronok betul lah...

Inilah kepuasan bagi penyokong.. kemenangan..  Lapan perlawanan tanpa sebarang kemenangan.. lama tu sioottt... akhirnya.... ia muncul.. Negeri Sembilan menumpaskan Pahang dengan keputusan 3-1.

Berpesta aku dan rakan-rakan yang lain menyambutnya... Flare dibakar.. bom asap dilepaskan.. perghh.. abang-abang polisi pun baik hati tak kacau pot kami malam tadi...

Diharap ia sebagai permulaan perubahan bagi Skuad Negeri Sembilan untuk tahun 2011 ni... Jika dapat memperbaiki saingan Liga pun jadi le kan... Piala Malaysia nanti baru kita hentam...!!

No comments:

Post a Comment