Sunday, April 10, 2011

Jantan sangat ke?

Tadi member aku ada sound sorang budak ni.. budak tu bukan lah budak kecil tapi umo dalam 25 tahun macam tu le. Aku pula memang kenal le budak yang kena sound tu. Hal kecil je tapi budak tu terasa hati pulak bila member aku ni sound dia "dalam hati ada tisu pink la tu".

Masa budak tu nak keluar aje dia menunjukan le rasa macam tak puas hati, keluar je dari kedai aku tengok dia calling somebody le. Aku wat tak kesah je lagi masa tu, tapi selepas tu aku duk kat luar kedai sekejap.. dtg le sorang mamat ni dalam keadaan terhuyung hayang lalu tanya kat aku " sapa jaga ini kedai?" Aku pun tunjukan le member aku, pas tu dia sound le tadi kenapa buat hal dengan member dia. Aku pun jadi le orang tengah, niat aku nak setlle kan le pekara ni tapi dia kata sekejap lagi member-member dia sampai.

Apa ke bodoh sangat mereka ni, kalau nak gaduh ke satu lawan satu le, baru puas hati. Ni leka megah kat ramai kawan je sampai bila.. kat medan perang memang sah le bangsa yang ada sikap macam ni akan berpaling tadah apabila kalah. Jantan ke Orang yang macam ni, bagi aku mereka tu pondan aje.

Aku puji sikap member aku ni, dia memang hati kering. Selamba aje dia menghadap kaum yang ramai tu. Bila dah berhadapan dengan member aku tu tahu pulak nak settle, takde lah pulak nak gaduh-gaduh.. so.. nampak sangat le betapa bangang nya kawan-kawan mereka tadi berkumpul hanya nak melihat drama bermaaf-maafan.

1 comment: