Friday, April 29, 2011

Penyokong..!!

Malam ini lagi sekali aku bergelar penyokong bolasepak Negeri Sembilan. Bertempat di Stadium Cheras Kuala Lumpur akan berlangsung perlawanan antara Felda United menentang Negeri Sembilan.

Apa yang aku nak cerita kat sini bukan lah bab perlawanan tersebut tapi mahu berkongsi gambar-gambar aku sebagai penyokong di stadium-stadium yang aku pernah pergi..

Ultras malaya

Di Pahang

Jejak padang Std Darul Makmur

Brotherhood

Di Stadium Perak

Demontrasi dihadapan pintu grand stand Std Tuanku Abd. Rahman Paroi

PFSLJ

ULtras Malaya di Shah Alam

Aku bersama bendera Malaysia

Malaysia vs Hong Kong
Di Kelantan

Ni ler serba sedikit gambar-gambar kenangan aku sebagai penyokong bolasepak.

Thursday, April 28, 2011

Aku Sakit..

Apa salah aku kat kau... apsal kau buat aku cmni.. kau nak aku derita..?

Wahai hamba Allah.. kau juga manusia sama seperti aku... kita hanya menumpang dibumi Allah... segala yang ada di muka bumi ini hanyalah pinjaman semata-mata... Aku tak tahu apa masalah antara kau dan aku... kenapa sanggup khurafatkan diri kamu hanya ada sifat kebencian terhadap diri aku nih...

Bertaubatlah... Aku sedia memaafkan apa yang telah kau lakukan... cuma harapan aku agar kau bertaubat!!! seksa yang aku alami didunia ini tetapi lagi seksa yang akan kau terima di akhirat nanti... fikir-fikirkan lah.

Saturday, April 23, 2011

Senyum..

Pergh.. dah lama kot aku tak balik dari menyokong pasukan bola Negeri Sembilan dengan wajah senyum kambing... Saat yang manis tercoret selepas perlawanan menentang Pahang malam tadi.. aku puas!!!

Semasa rehat separuh masa pertama aku menoleh kearah score board yang tersergam... fooohhh.. lama dah aku tak nampak kedudukan kat scoreboard tu menyebelahi pasukan Negeri Sembilan.. seronok betul lah...

Inilah kepuasan bagi penyokong.. kemenangan..  Lapan perlawanan tanpa sebarang kemenangan.. lama tu sioottt... akhirnya.... ia muncul.. Negeri Sembilan menumpaskan Pahang dengan keputusan 3-1.

Berpesta aku dan rakan-rakan yang lain menyambutnya... Flare dibakar.. bom asap dilepaskan.. perghh.. abang-abang polisi pun baik hati tak kacau pot kami malam tadi...

Diharap ia sebagai permulaan perubahan bagi Skuad Negeri Sembilan untuk tahun 2011 ni... Jika dapat memperbaiki saingan Liga pun jadi le kan... Piala Malaysia nanti baru kita hentam...!!

Friday, April 22, 2011

Bosan..

Kenapa aku rasa sangat bosan.. bukan bosan apa tapi bosan tengok tempat kerja aku ni.. cepat le bulan lima.. aku nak berambus dari sini.

aku dah takde feel kerja kat sini lagi... macam-macam kerenah orang yang aku jumpa kat sini.. ada yang okay dan ada yang tak okay langsung.. member-member kat sini okay ler tapi aku bosan dengan forigner kat sini.. kalau mynmar tu mulut mesti busuk.. niger lak badan busuk.. bangla lak semuanya busuk.. hahahhaha...

kena pakistan lak asyik nak webcam jer.. masuk kedai macam alim ulamak.. siap berjubah tapi buka web xxx.. apa kejadahnya ni... siap webcam lagi tu... pundek betul...

malas dah nak sound-sound mereka ni, lantak korang le nak buat apa... naik letih dah aku weyyy....

Wednesday, April 20, 2011

Tuli

Budak sekor ni memang jenis "TULI".. tak reti bahasa dan sengal. Aku pun tak tahu nak levelkan budak ni tahap apa tapi memang aku dah menyampah sangat dengan dia ni. Mula-mula dulu aku bagi gak can kat budak ni, tetapi masih tak berubah jugak perangai dia tu.

Aku tak sekampung pun dengan kau budak, dan aku hairan bila kau keluarkan statement katakan kau sekampung dengan aku.. dan kau kata kau sedih.. peduli apa aku dengan kesedihan kau.. ni aje caranya aku nak ajar budak " TULI" macam kau nih..

Aku harap kau berubah la.. jadi diri sendiri. Kalau kau terus menjadi "TULI" memang takde sapa le akan bersahabat dengan kau... Aku rasa kau ni ibarat semak aje kat profile aku dan aku kira baik hati lagi le ni sebab tak singkirkan kau terus dari friends list aku..

cerita nak rak tapi habuk pun tarak.. macam kap..lam..ya..nga.. kau ni bai!!!

Monday, April 18, 2011

Rilek

Pagi ni aku sibuk le selongkar Facebook tetiba terjumpa lak aku kat satu laman sosial ni. Nama laman ni Rilek .. cuba tengok profile aku kat web ni...




kalau ada yang nak join silakan la... jangan lupa add aku kat web ni k... Ujinms .

Mencari cicak tokek

Naik gila aku nak deal cicak ni den org.. buyer dah ada tapi cicak ni pulak takde.. bila aku tanya kat kawan-kawan mereka kata ada... tapi bila aku nak adjust deal nak beli aje memang banyak alasan. Jadi bagi aku lebih ramai yang bercakap ada tetapi sebenarnya takde cicak pun.

ni le cicak tokek..

Kalau ada rezeki mungkin dapat jugak le aku cicak ni nanti, bukan le nak angan-angan tetapi kalau nak sesuatu tu kena le aku usaha. Rezeki ditangan Allah s.w.t.. so aku usaha je la kan.. tak salah pun...

Friday, April 15, 2011

Berabuk dan berkulat

Dah 5 hari rupanya aku tak update blog.. patut la banyak sangat sawang labah-labah. Aku busy sangat minggu ni, dengan hadirkan diri kat stadium masa game lawan kedah lepas tu hari rabu aku balik ke kampung.

Penat jugak le bila pergi kesana dan kesini, semua tu ada sebabnya bukan suka-suka aku aje. Demi masa depan aku dan keluarga aku terpaksa buat pilihan yang tepat. So kalau nak tahu apa keputusan yang aku dah buat tu kena le tunggu hujung bulan ni baru aku storykan.

Ni pun mata aku dah mengantuk, memang tak larat dah sebenarnya menahan mata.. aku akan cuba update lagi blog aku petang ni...

Monday, April 11, 2011

Tolong!!!

Bau kaki meresap ke liang-liang roma hidung aku pagi tadi, memang bau bangkai betul kaki orang ni. Bukan la aku nak kata kaki aku ni wangi tetapi memang cam sial bau kaki didalam bilik yang beraircond.

Jahanam betul, boleh dia selamba aje, aku ni terpaksa la menggunakan beberapa keping kertas A4 mengipas-ngipas sekeliling. Bau yang menusuk-nusuk lubang hidung aku tu telah membuatkan aku berasa pening.. terpaksa le aku menelan 2 biji panadol supaya tak melarat pening aku tu..

Lepas ni kalau si bau kaki bangkai tu muncul lagi kat premis ni memang aku akan minta dia jangan tanggalkan kasut.. tak kira le dia tu costumer yang akan menyalurkan keuntungan kepada bos aku sekali pun.. tak larat aku wehhh...

Sekian update dari aku ditemani bau-bauan kaki bangkai.. wassalam..

Sunday, April 10, 2011

Jantan sangat ke?

Tadi member aku ada sound sorang budak ni.. budak tu bukan lah budak kecil tapi umo dalam 25 tahun macam tu le. Aku pula memang kenal le budak yang kena sound tu. Hal kecil je tapi budak tu terasa hati pulak bila member aku ni sound dia "dalam hati ada tisu pink la tu".

Masa budak tu nak keluar aje dia menunjukan le rasa macam tak puas hati, keluar je dari kedai aku tengok dia calling somebody le. Aku wat tak kesah je lagi masa tu, tapi selepas tu aku duk kat luar kedai sekejap.. dtg le sorang mamat ni dalam keadaan terhuyung hayang lalu tanya kat aku " sapa jaga ini kedai?" Aku pun tunjukan le member aku, pas tu dia sound le tadi kenapa buat hal dengan member dia. Aku pun jadi le orang tengah, niat aku nak setlle kan le pekara ni tapi dia kata sekejap lagi member-member dia sampai.

Apa ke bodoh sangat mereka ni, kalau nak gaduh ke satu lawan satu le, baru puas hati. Ni leka megah kat ramai kawan je sampai bila.. kat medan perang memang sah le bangsa yang ada sikap macam ni akan berpaling tadah apabila kalah. Jantan ke Orang yang macam ni, bagi aku mereka tu pondan aje.

Aku puji sikap member aku ni, dia memang hati kering. Selamba aje dia menghadap kaum yang ramai tu. Bila dah berhadapan dengan member aku tu tahu pulak nak settle, takde lah pulak nak gaduh-gaduh.. so.. nampak sangat le betapa bangang nya kawan-kawan mereka tadi berkumpul hanya nak melihat drama bermaaf-maafan.

Friday, April 8, 2011

NeGoRi SeMbiLaN DiE Hard FaN - GlaTicoS

Ni lah pages yang aku mula-mula buat dulu.. kalau tak silap aku dah guna nama Glaticos ni sejak 2008 lagi. NeGoRi SeMbiLaN DiE Hard FaN pula lau tak silap aku dalam tahun 2009. Aku cuba cari bukti-bukti kukuh, ni je lah yang aku dapat..



dan lagi...




Sekarang ada jugak aku jumpa org guna nama n9 die hard fans tapi aku tak tahu la siapa yang buat pages tu kat Facebook..

Thursday, April 7, 2011

semalam...

Hari ni aku masuk kerja lewat sikit.. jam 2 pagi baru aku terjaga dari tidur. Aku memang sengaja je lah datang lewat sebab semalam aku dah kerja lebih masa kerana terpaksa.. Banyak yang aku plan tak menjadi kerana waktu tidak mengizinkan..

Aku perlu perancangan.. mulai sekarang aku hanya kerja kat satu tempat sahaja.. jadi aku perlukan sesuatu lubang income yang baru untuk menampung semua perbelanjaan keluarga. Sikap endah tak endah seseorang memang buatkan aku kecewa sikit.. tapi apakan daya aku.. aku hanya pekerja biasa sahaja...

Harap dalam bulan ini aku dapat mencari sesuatu yang boleh dibuat side income... Insyaallah aku akan terus berusaha mendapatkanya demi keluarga tersayang.

Monday, April 4, 2011

BBWEAN9

BBWEAN9 (BUAL BERSAMO WARIGH EDEN ANAK NEGORI SEMBILAN)

Alhamdulillah, BBWEAN9 kini dah hampir ke 5 bulan. Pelbagai ragam dan pelbagai kerenah.. bayangkan la ada 5600 post sepanjang tempoh ni sahaja. Ada yang mencuit hati dan ada juga yang meninggalkan kesan mendalam. Ada warigh yang masih setia dan ada juga warigh yang dah berubah haluan tuju.

BBWEAN9 diwujudkan khas buat warigh2 di Negeri Sembilan berkumpul, berbual dan beramah mesra. Group yang boleh di jumpai di FaceBook ini mempunyai peraturan yang perlu di patuhi. Tujuan Peraturan ini dibuat untuk menjaga keamanan, keharmonian dan memupuk/menerapkan budaya penduduk di Negeri Sembilan.

Terima kasih kepada yang masih setia dan kepada yang merasa hati maaf dipinta. hingga ke akhir hayat kita tetap sama.. Negeri Sembilan tanah tumpahnya darah kita.

Bola Bini no 2 den..

Sapo-sapo pun tak leh nak larang, bolasepak memang jiwo den. tak dapek laie jadi pemain kini den jadi penyokong pulak. Sapa yang tegur den bab ni gerenti 100% kena marah. Ni lah hiburan den.. den tak poie nightclub.. den tak poie dangdut.. den cumo layan bola... tu sajo kepuasan bagi den.

Den sanggup pergi ke mano sahajo kerano bola, kalau ado yang merajuk atau tak suko den peduli apo.. janji hati den tenteram.. Bolasepak adolah bini no 2 den... hahahha... Jangan pisahkan den dgn Bolasepak... tak baik meruntuhkan masjid... hehehehe...

Sunday, April 3, 2011

Demam..

Ntah cmne aku boleh demam pulak pagi semalam... Badan rasa sejuk jer.. Kepala berdenyut-denyut.. tido pun tak lena. Terpaksa telan panadol 6 biji baru aku okay. Maa on the way balik dari Seremban pagi tu aku rasa lain macam jer, tetiba jer kepala aku rasa pening-pening lalat..

Oleh kerana aku dah rasa lain macam aku pun berhenti kat hentian serdang. Aku pejam mata sekejap bagi mengurangkan sakit kepala. Tapi bila aku terjaga masih lagi sakit rasa nak pecah. Aku tak larat.. aku berhenti kat tempat kerja.. aku terus tidur kat sana. Jan 9 pagi aku terjaga.. badan aku semakin lemah... pergh.. kalau lah aku kerja kat klinik mungkin dah sebotol ubat aku telan.

Aku memang tak suka kalau demam.. memang satu apa pun aku tak mampu nak buat.. tu sebab kalau aku demam aku akan telan jer panadol sampai la demam tu baik.. aku tak kesah berapa banyak pun ubat yang terpaksa aku telan...

Bila aku selidik balik kenapa aku demam baru aku teringat... Ni semua Don Helmi punya kerja... Kepala aku terhantuk ke muka dia... gegaran dalam kepala aku buatkan aku demam... ada saka rupanya budak ni...

Friday, April 1, 2011

Bolasepak Malaysia mundur?

Bila bicara tentang bolasepak Malaysia terasa agak membosankan, tak seperti di Eropah yang mana pemain terbaik didunia berhimpun. Memang jauh beza antara kualiti pemain bolasepak yang ada di Malaysia sekarang ini dengan pemain bertaraf dunia tersebut. Jika sekarang di Malaysia ada pemain hebat seperti Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha dan penjaga gol kebangsaan Norkhairul Fahmi tetapi di Eropah terdapat beribu-ribu orang pemain yang setaraf dengan pemain Malaysia tersebut. Ok lah.. jangan leka toleh ke Eropah, di jepun dan Korea juga pemain-pemain mereka jauh lebih baik dari yang ada di Negara kita ini.

Sebenarnya kelemahan melahirkan pemain di peringkat umur adalah musuh utama bolasepak di Malaysia. Boleh saya katakan anak-anak yang berusia 10 tahun ke bawah tidak mempunyai cukup ruang untuk menonjolkan bakat masing-masing. Bukan tiada pertandingan atau program-program untuk jangka umur tersebut tetapi tidak secara menyeluruh, boleh dikatakan hanya 15% sahaja program tersebut dijalankan. Dan ada juga program-program dilakukan di kawasan Bandar sahaja, sedangkan yang tinggal di luar daerah serta kampung-kampung dibiarkan begiru sahaja.

Untuk menjadi Seorang pemain bolasepak, pemain tersebut hendaklah mempunyai beberapa kriteria yang sewajarnya diwajibkan dan diasah.. Antara kriteria tersebut adalah:
  1. Disiplin 
  2. Kecergasan
  3. Kawalan bola
  4. Teknik
  5. Kepantasan
  6. Kuasa tendangan
  7. Penjagaan pemakanan/ penjagaan waktu rehat (tidur)
Mungkin jika ada yang saya tertinggal harap ada yang sudi memperbetulkanya.

Selagi Badan Induk Persatuan di Negara (F.A.M) kita mahu pun Persatuan Negeri-Negeri tidak memberi sebarang kerjasama kepada Persatuan Bolasepak di setiap daerah dan juga Sekolah-sekolah di luar bandar maka akan ramai lah pemain-pemain yang berbakat akan tenggelam sebegitu sahaja.

Tidak hairan juga lah sekarang ini ramai yang mempertikaikan kewibawaan F.A.M dalam hal mentadbir urusan bolasepak di Negara kita.