Thursday, March 24, 2011

Terima Kasih Sahabat..

Perkenalan di alam maya sahaja pada awalnya, kau dgn aku berbual menggunakan chat dari Yahoo Messenger. Setiap hari kita berbual, alam maya menjadi tempat kita meluahkan rasa persahabatan. Ada sahaja pekara yang mencuit hati, membuatkan kita tersenyum sendirian. Kalau sehari tak dapat chat bersama mu pasti akan terasa kekurangan pada hari tersebut.

Cerita di kongsi, masalah dibincang bersama.. kau dan aku sentiasa berfikiran terbuka. Sebenarnya aku merasa amat-amat bertuah mengenali dirimu kerana dirimu banyak menasihati aku dari pelbagai aspek. Tak keterlaluan jika masa itu hanya diri mu sahaja yang menjadi tempat aku mencurahkan segala masalah yang aku hadapi. Dan diri mu tak pernah jemu memberi kata-kata perangsang kepada ku.

Kita bertemu jua akhirnya, kau dan aku bersua muka.. walaupun sekejap tapi ia sudah memadai bagi ku. Sahabat, layanan mu terhadapku sewaktu aku berjumpa dengan mu sungguh baik sekali. Perwatakan mu di alam maya dan di dunia sebenar adalah sama.. Syukur kepada Illahi kerana mempertemukan aku dengan diri mu.

Ribut melanda persahabatan kita, tetapi diri mu sungguh tabah. Waktu itu aku menjadi serba salah kerana ia semua berpunca dari diri ku. Alhamdulillah, diri mu tetap tak berubah. Banyak yang ku rahsiakan dari diri mu tetapi kerana keikhlasan diri mu menjadi sahabatku terungkai jua segalanya.

Bila sampai waktu kita membawa haluan masing-masing, aku rasa kehilangan. Pada benak fikiran ku waktu itu tamatlah persahabatan kita. Rupa-rupanya tidak, aku salah sangka... Sehingga kini diri mu tetap menjadi sahabatku. Diri mu masih seperti dahulu yang sentiasa mendoakan kejayaan ku dan sentiasa menasihati diriku. Sesungguhnya diri mu lah sahabat yang setia.

Terima kasih kerana menjadi sahabat ku, terima kasih kerana masih sudi mendengar masalah ku.. Mungkin ada yang tak dapat ku ceritakan disini tentang dirimu tetapi seikhlas hati ku mengatakan "Terima Kasih Sahabat".. diri mu hanya ada 1 dalam seribu...

Coretan: N9_JoE...

No comments:

Post a Comment