Monday, March 28, 2011

Akan ku tulis selepas ini..

Idea bukan tiap-tiap hari ada, puas perah otak pun belum tentu akan ada idea apa yang patut diceritakan. Oleh sebab aku dah letih nak memerah otak mencari idea so aku fikir lebih baik aku hanya tulis apa yang berlaku dalam kehidupan aku 24 jam sebelumnya.. ini maknanya blog ni menjadi diari kehidupan aku lah. Aku tak fikir yang orang akan suka baca blog aku ni tetapi aku harap atas niat yang ikhlas walaupun tak membaca sepatah haram pun tetap mengklik iklan nuffnang yang ada dalam blog ini.

24 jam tempoh yang lama kalau nak diceritakan satu persatu minit ke minit.. so aku ambil apa yang penting sahaja ataupun fakta-fakta sahaja. Macam biasa jam 12 tengah malam aku akan bekerja, walaupun mengantuk aku terpaksa harungi jugak. Semalam juga kawan aku Mat Kopiko ada datang kesini untuk melepak. Aku bagi dia main free, sementara aku pula duduk kat kaunter dan tertido. Jam 4 pagi Mat kopiko mengejutkan aku, dia dah nak balik.. terpisat-pisat sebentar sebelum aku menunjukan arah yang mudah agar cepat dia sampai ke rumah.

Habis kerja jam 8 pagi aku sambung lagi kerja sebab kawan aku dah tentu lambat sampai punya. Tunggu-punya tunggu jam 12.30 tengahari barulah dia muncul.. so lepas tu aku pun blah dan masuk ke tempat kerja aku lagi satu.

jam 6 ptg aku balik kerja... berehat sebentar sebelum mata aku tertutup dengan mimpi yang aku sendiri tak pasti. Jam 1 pagi tadi rakan ku dah menelefon... aku lambat pulak masuk kerja hari ni... tak perlu bergegas... buat muka selamba je aku masuk kerja lambat sebab bos bukanya ada pun jadi ikut suka hati aku je lah jadinya.

No comments:

Post a Comment