Wednesday, May 11, 2011

Sabah Part 3

Disebabkan ada sikap nakal dalam diri ini terniat le aku nak main-main miss call kat no telefon amoi tersebut.. aku pun miss call le beberapa kali... setengah jam lepas tu sms masuk.. amoi tersebut bertanya kepada aku dimana tempat menginap.. tapi aku tak balas sms dia..

Jam dah dekat 2 pagi.. Aku berjalan semula.. kali ini tujuan aku ke cyber cafe berdekatan.. aku ambil pakej 2 jam.. dapat el aku chat dan komen-komen dengan rakan-rakan Facebook. Jam 3 pagi rakan-rakan yang ke Sabah bersama aku call, mereka sudah berada di bilik.. sebelum balik ke bilik aku beli roti canai buat meenggisi perut..

Pukul 12.30 tengahari kami semua check out.. selepas itu kami habiskan masa dengan bersiar-siar dikawasan berdekatan... takde apa yang aku beli kat sana memandangkan kewangan yang aku bawa pun tak seberapa..

Jam 6.00 petang kami pun bergerak ke airport dengan menggunakan perkhidmatan bas... Agak malang.. Negeri yang mempunyai laut dalam yang indah di Malaysia ini mempunyai sebuah hentian bas yang teruk.. menurut pemandu bas yang membawa kami mengatakan jika hujan turun dengan lebat maka keseluruhan hentian bas tersebut akan banjir..

Ni je la ye cerita aku.. malas lah pulak aku nak karang lebih-lebih sebab takde mood...

-The End-

No comments:

Post a Comment