Saturday, May 14, 2011

Kerja 16 jam hari ini.

Apa benda nak cerita ni.. nak cerita bab bolasepak jer nanti leh membosankan.. minggu ni nak rehat sebab takde perlawanan melibatkan Negeri Sembilan... boleh le aku luruskan badan...

Semalam aku tidur je kat rumah, petangnya pula aku turun nak gi gunting rambut.. ramai lah pulak yang sedang tunggu giliran.. so aku pun memang malas nak menunggu.. aku gi kat tempat kerja.. online sekejap.. kebetulan Norazman online time tu.. pas online dia ajak aku pergi kat tesco selayang... aku follow dia.. balik jer dari sana aku terus balik ke rumah..

Sampai kat rumah aku kena turun kedai balik.. aku tak beli lak sup daging Leen kirim.. aduh... aku turun balik.. kali ni aku bawa Aleya sekali.. kesian lak kat Aleya.. terperap jer kat rumah.. dah setle semuanya aku pun sambung tidur.. terjaga jer dah jam 12 tengah malam.. aduhh.. aku lambat le.. sepatutnya jam 12 tu aku dah masuk kerja...

Macam tak biasa lak aku ni.. bukan ke hari-hari aku memang lambat masuk kerja .. hehehehehe.. Hari ini aku kena kerja 16 jam.. dari aku masuk kerja tadi sampai le jam 4 petang nanti.. nasib baik le aku ni memang dah biasa kerja lebih masa.. setakat 16 jam takde hal punya.. biasanya aku kerja 20 jam sehari..

Kerja teruk tapi kaya nya tak jugak.. ni le masalah aku.. ntah bila nak jadi kaya.. hahahhaha.. tapi aku still bersyukur dengan apa yang aku terima sekarang ini.. takde la sampai tak makan dan tak minum.. rezeki tu tetap ada...

ok.. aku tamatkan kat sini sebab takde point lagi dah aku nak tulis...

No comments:

Post a Comment