Tuesday, May 17, 2011

Menguji tanggungjawab.

Dah 3 hari Leen kena tahan kat wad hospital Selayang.. Aku betul-betul letih.. semua pekara aku kena handle.. Ini tanggungjawab aku.. aku kena tunaikan.

Selepas scan doktor mengesahkan Leen menghadapi sakit disebabkan ada batu karang di hempedu.. aduhai.. macam-macam dugaan yang terpaksa kami berdua tempuh.. hari ahad yang lepas jam 8.30 pagi Leen call aku suruh balik.. sambil menangis teresak-esak dia kata perut sakit sangat.. apa-apa pun tak boleh masuk ke perut sebab kalau masuk je terus muntah balik.. Aku yang baru habis kerja masa tu bergegas balik.. sampai rumah dia minta aku hantar dia ke hospital.. disebabkan kenderaan takde jadi aku terpaksa meminta pertolongan dari seorang kawan.. kena tunggu dia habis berniaga dahulu.. jam 12 tengahari baru dia dapat menghantar kami.. selepas pemeriksaan doktor memberitahu yang Leen terpaksa ditahan di wad.

Aleya yang paling aku kasihan.. 10 bulan tak pernah berenggang dengan mamanya.. malam pertama Aleya okay lagi.. tak meragam sangat.. tapi malam kedua teruk juga dia meragam.. rindu sangat kat mama dia.. so.. semalam aku bawa le Aleya ke hospital.. dapat le dia berjumpa dengan mama dia tu.. Malam tadi pun aku bawa.. dapat le Aleya menyusu badan..

Tengahari nanti aku akan ke hospital semula.. nak dapatkan penjelasan lebih lanjut dari doktor yang merawat.. Aku mahu bawa Leen pulang.. cuba berubat cara kampung.. bukan aku tak yakin dengan kepakaran hospital tetapi aku nak mengelakan dari Leen dibedah/laser atau vacum.. sebab aku takut ada effect di kemudian hari..

Mak, Abang dan Kakak Leen tiba ke Kuala Lumpur petang semalam.. tapi kerana lewat sampai mereka tak boleh melawat Leen kerana waktu melawat dah tamat.. so tengahari ni le mereka dapat melawat.. mereka minta nak bawa Aleya balik kampung.. aduh... tak dapek den nak tolong eh doh... biar le aleya disini.. susah camne pun aku tetap akan menjaganya sebaik mungkin..

Aku percaya.. semua ni hanyalah dugaan untuk ku dari Allah s.w.t.. aku kena banyak bersabar.. aku berdoa semoga Leen cepat sembuh.. dan aku berjanji menunaikan tanggungjawap aku sebagai ketua keluarga disaat dugaan sebegini..

No comments:

Post a Comment